Tempat Beli Belah




Kompleks Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah

Assalamualaikum....sesapa orang Alor Setar yang xpernah sampai ke Pekan Rabu memang rugi...haha...sebabnya Pekan Rabu ini terletak di tengah-tengah bandaraya Alor Setar, kalau xpernah p memang bohong la hihi..gurau2 je..jgn mrah ek...kompleks beli belah ini merupakan sebuah tempat yang tidak asing lagi dalam kalangan penduduk tempatan ataupun luar daripada Kedah. Kompleks ini merupakan lambang kemegahan peniaga-peniaga di Kedah. Untuk pengetahuan korang, kompleks ini turut menjadi tempat persinggahan pelancong-pelancong luar negara juga. Kompleks Pekan Rabu terletak di  Jalan Tunku Ibrahim, dengan kewujudan lebih daripada 300 buah kedai yang menjalankan pelbagai perniagaan di situ.




ada pelbagai kemudahan yang disediakan di kompleks Pekan Rabu antaranya adalah surau, tandas, tempat perhentian bas, mesin ATM, telefon awam, tempat letak kenderaan (kereta dan motorsikal), juga disediakan jejantas bagi memudahkan para pengunjung melintas.

Ikan Perkasam banyak terdapat kt sana


Kalau time nak raya ramai la yang datang beli serunding, time xraya pon ada jugak dijual..

bermacam-macam jenis jeruk..sape2 mengidam boleh la datang carik kt sana

yang ini pulak kraf tangan..haaa para pengunjung dari luar boleh la buat ole-ole untuk family 

kerepek...buah kurma....macam2 la ada...insyaallah murah2 belaka hihihi

Terdapat pelbagai jenis perniagaan yang dijalankan di kompleks Pekan Rabu, kedai –kedai yang terdapat di situ mula beroperasi pada jam 8.00 pagi hingga 9.00 malam, pada tiap-tiap hari termasuk pada hari cuti umum atau perayaan.

jadi ini lah antara tempat shopping yang agak menarik kerana apa yang nak insyaallah akan dapat...

No comments:

Post a Comment