Friday, 28 December 2012

Hutan Lipur Air Terjun Temurun, Langkawi, Kedah


Hutan Lipur Air Terjun Temurun

Lokasi Hutan Lipur Air Terjun Temurun ini terletak di Langkawi, Kedah. Haaa….mesti korang pernah sampai ke Langkawi kan??? Tempat yang terkenal dengan lagenda Mahsuri…dulu masa kecik-kecik confirm pernah belajar…tipu la sapa yang xpernah tau tentang cita Mahsuri tu kan.

Ok continue dengan Air Terjun Temurun, sebenarnya ia terletak 42 km dari Bandar Kuah Langkawi. Untuk sampai ke hutan lipur ini para pengunjung boleh menggunakan pengangkutan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Bandar Kuah. So tak payah la risau ye…ade kemudahan kenderaan awam untuk sampai sana..hihi

Hutan Lipur Air Terjun Temurun terletak di Hutan Simpan Ma’chinchang Langkawi. Sungai Temurun ini mempunyai air terjun yang menarik dengan ketinggian 30 meter, fuhhh…..memang best la sesiapa yang suka main air kononnya untuk  bermandi manda di situ, selain itu para pengunjung juga boleh menjalankan aktiviti berkelah dan boleh merehatkan minda dengan menikmati keindahan alam ini. Terdapat juga kemudahan-kemudahan lain  yang disediakan iaitu beberapa kemudahan rekreasi seperti wakaf dan kemudahan awam seperti tandas untuk mandi, ‘jungle’ trekking.

Di samping itu, di hutan lipur ini terdapat satu denai hutan yang menghubungkannya ke Hutan lipur Pasir  Tengkorak. Denai sejauh 3 km mengelilingi hutan lipur ini. Tumbuhan utama ialah Meranti langgong, Meranti tembaga, Meranti seraya dan Palma. Terdapat batu dinding yang sesuai untuk aktiviti lasak dan mencabar.

No comments:

Post a Comment