Tuesday 27 November 2012

Air Terjun Puncak Janing, Kedah


Assalamualaikum...

malam ni saya nak cerita sikit tentang satu tempat yang sememangnya menarik sama seperti Rimba Rekreasi Bukit Wang. Tempat yang berlatarbelakangkan keindahan alam semula jadi..
nama tempat tersebut adalah Puncak Janing. Ianya terletak di daerah Padang Terap.
tapi tempat ini terletak di kawasan pendalaman..saya pernah pergi untuk beberapa kali memang best..kalu yang suke ambik gambar2 serangga memang tempat ni la yang sesuai...ianya kawasan berbukit sikit. Ia terletak tidak jauh dari pekan Kuala Nerang..kalau time cuti2 sekolah boleh lah datang berkelah dengan family...sambil mandi boleh bersantap perghh memang best la...

apa yang menariknya di Puncak Janing adalah terdapat banyak batu-batuan semulajadi yang besar dan memang cantik...di mana ia mencetuskan keindahan panorama yang menyegarkan...

Waktu lawatan ke Air Terjun Puncak Janing kalau xsilap saya ianya dibuka setiap hari..tapi xramai pengunjung yang pergi ke sana..mungkin disebabkan tempat tersebut jauh ke dalam kawasan pedalaman   tak pun disebabkan kawasan tersebut tidak popular seperti kawasan rekreasi yang lain hihi..itu andaian saya sahaja..tapi ada baiknya juga sebab xpayah susah2 nak berebut dengan sesiapa untuk mandi dekat sana kan??



air terjun yang sangat cantik...

ok nti continue lagi ek.....line tenet slow sangat malam ni, xbest la nk upload gambar hihi 
k daaa nite..........

Sunday 25 November 2012

Bukit Wang, Kedah


Bukit Wang (part 2)

Assalamualaikum...

ok hari ni saya nak continue citer pasal bukit wang...
hari tu saya xsempat nk citer lebih sbb dah lewat sgt..almaklum lah esoknya tu saya ada kelas pagi...
pkol 8.00 pagi...hmmm takot susah la nk bangun hihi...
ok saya teruskan dengan niat saya, banyak lagi kemudahan yang saya xbgtau..
seperti tempat2 rekreasi yang lain di bukit wang juga ada kemudahan seperti bilik air, toilet, bilik persalinan haaa....baru2 ni saya pergi pekerja2 dekat situ tengah upgrade bilik air, toilet dan bilik persalinan..waaa confirm lagi cantek kot xtau la pas ni cm ne....xpon disebabkan pengunjung semakin ramai yang pergi ke sana sampai xckop bilik agaknya...


ha ni slah satu tempat untuk pengunjung mandi-mandi bersihkan diri selepas puas berendam di dalam air yang sejuk tu haha...so jangan fikir dekat situ xde bilik air plak ye...


tempat untuk para pengunjung duduk melepak pon ada....di sepanjang perjalanan ada tempat duduk..mana tau ada yang letih berjalan boleh berehat sebentar hihi...sambil menikmati keindahan hutan yang hijau dan menyamankan...
para pengunjung juga boleh adakan sesi photoshoot di sana kerana latar belakang yang cantik...  

Saturday 24 November 2012

Bukit Wang Part2

Bukit Wang

Assalamualaikum semua....

Apa habaq???harap semuanya sihat la ye...

Di sini saya nak kongsi sikit pengalaman saya g bukit wang...haaaa????
bgi sesiapa yang belum pernah pergi ke tempat ni mesti hairan kenapa nama tempat mcam tu kan..sebenarnya xde pon wang kt sana, klu ada pon maybe pelawat2 yang tercicir duit diorang, so jangan nak berangan la g bukit wang semata-mata untuk dapatkan wang sahaja..
ianya sebuah tempat rekreasi yang berlatar belakang hutan yang hijau..
sesiapa yang pergi confirm akan terasa damai dan dapat menghilangkan stress..  



Signboard Taman Rimba Rekreasi Bukit Wang


Waktu melawat:
pada hari Isnin hingga Khamis akan dibuka 
pada pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang sahaja (untuk hari bekerja),
untuk hujung minggu pula dibuka pada hari Jumaat hingga Ahad 
pada pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang

Bunyi-bunyi semulajadi seperti air terjun, air mengalir, burung bersiulan, dan banyak lagi akan membuatkan hati yang kusut menjadi tenang...setiap kali saya ke bukit wang saya akan mandi kerana air bukit yang turun sangat sejuk...fuhhh memang best la...rugi la sapa xpernah pergi ke sana..
selain bermandi-manda, pengunjung2 juga boleh melakukan aktiviti jungle tracking mengikut laluan yang telah disediakan sahaja...untuk tracking luar dari laluan berkenaan pengunjung perlu dapatkan khidmat penunjuk arah haha....


perghhh....air terjun yang cantik....



ni pon cantik sangat...


cuba bayangkan anda sedang berendam dekat kawasan ni dengan penangan air dari bukit yang sangat sejuk.. air dekat sini jernih je...


ni pulak laluan yang disediakan kepada pengunjung untuk masok ke dalam menikmati keindahan flora dan fauna...

hmmmm kalau nak cerita pasal bukit wang ni memang xkan abeh...so dh lewat sekarang..esok saya ada kelas hihi...nanti saya continue lagi ye post gmbar2 dekat bukit wang..banyak lag saya nk cite tapi xpe esok2 ada lagi... k nite sume...