Hutan Lipur Lata Bayu
Seperti biasa, saya nak update lokasi-lokasi air terjun yang menarik. Gambar di atas merupakan satu lagi tempat yang sesuai untuk kita berjimba jimbo hahaha..ye la sesape yang boring dok umah pi la jalan2, salah satu tempat yang agak best adalah Hutan Lipur Lata Bayu. Lokasi tempat rekreasi ini terletak di Baling, Kedah. Ianya 30 km dari Pekan Baling dan 90 km dari Bandar Alor Setar. Haaaa....dah xjauh la 2...jom pakat2 pi sana...isi masa lapang dengan melakukan pelbagai aktiviti di sana. Untuk sampai
ke hutan lipur ini para pengunjung boleh menggunakan pengangkutan sendiri atau
pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Pekan Baling. Senang la untuk sesape yang xde kenderaan sendiri haha..
tengok la air yang mengalir 2..bestnya...jom2...
Hutan lipur ini terletak di dalam Hutan Simpan Rimba
Teloi. Amboi pelik benor nama dia haha.. selain itu ia juga dikenali sebagai Lata Asam Jawa. Apa yang uniknya hutan
lipur ini adalah terdapatnya air terjun
yang menarik dengan ketinggian 20 meter dan membentuk kolam semulajadi yang dikenali sebagai
Lubok Lesung. wahhh...lubuk lesung??? adakah mcm bentuk lesung batu???cam ne rupa dia ek...ha kalau nak tau sila lah berkunjung ke sana ye... Pemandangan hutan lipur ini adalah berbukit bukau dan terdapat denai
sepanjang 5 km menuju ke Bukit Tok Bidan yang mempunyai ketinggian 842 meter
aras paras laut.
Kesejukan air di Lata Bayu memang diinginkan
dekat situ pon sama mcm tempat rekreasi yang lain..ada kemudahan-kemudahan asas yang disediakan untuk para pengunjung
melakukan aktiviti disini antaranya adalah seperti mandi-mandi, berkelah,
berkhemah dan “jungle trekking”. Di samping itu beberapa gerai makanan dan
cenderamata juga disediakan di hutan
lipur ini. Disini juga pengunjung boleh bersiar-siar, mendaki gunung dan
melihat hidupan liar yang terdapat di hutan lipur ini.
Santai je berendam..
Terdapat pelbagai flora dan fauna dari hutan jenis ini boleh
ditemui dan tumbuhan utama di kawasan ini ialah Meranti seraya, Meranti
tembaga, Meranti melantai, Terap keledang dan Bintangor.
Kedai untuk pengunjung membeli barang juga disediakan..
Berkunjunglah ke Hutan Lipur Lata Bayu, pasti korang akan tidak berasa bosan menjalankan aktiviti di situ..
Kat air terjun ni penah ada kes kencing tikus x? Teringin nyaaa nak p 😂😂
ReplyDelete